Lakukanlah 2 Amalan Sunnah Ini Setelah Sholat Subuh Dan Maghrib


Lakukanlah 2 amalan Sunnah ini setelah Sholat subuh dan maghrib




Pertama: Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Kedua: Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan:

اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار


“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”

Apakah Fadilah Amalan yang Pertama?

Hadis daripada Abu Zar berkata:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’.” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan)

Imam an-Nasa’I menambah, “Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”

Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

Apa Pula Fadilah Amalan yang Kedua?
Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda,

“ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: ‘Allahumma ajirna minan nar’tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: ‘Allahumma ajirna minan nar’ tujuh kali, maka jika kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

Semoga menjadi amalan dan kita mendapat pengampunan dari Allah S.W.T serta ditempatkan di surga-Nya. Aamiin..
loading...

0 Response to "Lakukanlah 2 Amalan Sunnah Ini Setelah Sholat Subuh Dan Maghrib"

Posting Komentar